Wednesday, 25 March 2015

Its me, what about you?

    Bismillahirrahmanirrahim....

We do too little dakwah, 
too little tarbiyah, 
but too much jahiliyyah,
yet we expect to enter jannah?


Think...

Tuesday, 24 March 2015

Akhi vs Ukhti

Ada sesuatu yang tak kena bila pergaulan antara seorang lelaki dan perempuan itu wujud perasaan teramat selesa.

Sampai tak rasa apa-apa.
Sampai sahabat sendiri yang sekolah agama, tak ada seorang yang cuba untuk menegur.

Malah sama join turun padang.
Kita ini terlalu sibuk dengan hal yang remeh temeh sehingga kita dah rasa biasa.

Bila ditegur, tak berbalas.
Diam membatu.
Fasal sambut harijadi kawan kau yang bukan mahram, beria kau sambut. Belanja makan segala bagai. Wish segala bagai mak nenek. Yang disambut, melayan. Terus melayan. Mungkin sampai dah kena gosip hangat dengan orang tersebut, baru ambil langkah hati-hati kot la ea ke macam mana?
Masa tu nasi dah jadi bubur.
Bubur boleh gak la makan.
Harapan tak banyak. Cuma nak kita ini lelaki mahupun perempuan jadi yang mahal sikit. Harga maruah diri kita tak ternilai meski ditukar dengan intan permata. Jangan suka melayan hal yang tak perlu sampai boleh geng perempuan sambut birthday si lelaki. Wowowww.
Dulu zaman sekolah rendah, ingat lagi ada seorang lelaki dalam kelas aku, mak ayah dia tiap tahun sambut birthday anak dia dengan bagi makanan dekat kawan sekelas. Makan kek. Makan kuih. Macam-macam. Masa tu rasa bahagia betul kalau dapat makan percuma hari-hari. Sedap pulak.


Astaghfirullah. Dulu la. Masa belum insap.
Tak ada pun istilah muncul geng perempuan atau geng lelaki nak belanja atau sambut birthday kawan-kawan lelaki atau perempuan. Sama-sama dah besar. Pandai-pandailah fikir. Tak perlu nak diterangkan dengan lebih jauh.
Nak sambut, lelaki sambut birthday sesama lelaki. Perempuan sambut birthday sesama perempuan. Nak belanja, sesama kau orang sendiri sudahlah.
Nak ucap semoga panjang umur murah rezeki dah kira ok la tu. Bagi hadiah gula-gula sebiji ke kan.
Syaitan tak pernah putus asa ajak kita ke kancah maksiat.
Percayalah.

Saturday, 21 March 2015

Surah Al Mulk



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
 .
.
Kandungan Surah Al Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
 .
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
 .
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
 .
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
 .
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
 .
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”